Followers

Tuesday 15 September 2015

Isu-Isu Besar Pemerintahan Sayyidina Uthman: Isu Pertama : Mengabaikan Hudud

Assalamualaikum...


Selawat dan Salam ke atas jujungan besar Sayyidina Wa Maulana Al-Mustafa Ahmadi, Keluarga dan Sahabat yang mulia serta didalam redha Allah

Isu Besar Pemerintahan Sayyidina Uthman r.a: 

Mengabaikan Hudud

Isu ini dicetuskan setelah anak kepada khalifah Umar bin Al-Khattab r.a yang bernama Ubaidillah tidak dapat menahan sabar kerana pembunuhan Sayyidina Umar lalu menuntut bela dengan membunuh tiga orang yang dianggap terlibat dengan jenayah tersebut:

  1. Anak perempuan Abu Lu'luah ( Abu Lu'luah adalah pembunuh Umar)
  2. Jufainah ( Lelaki Nasrani dari Hirah)
  3. Harmuzan ( bekas gabenor salah sebuah wilayah Parsi)
Pembunuhan (sebab) dilakukan kepada mangsa yang pertama kerana dia merupakan anak Abu Lu'luah ( si pembunuh) manakala kedua dan ketiga disebabkan saksi yang iaitu Ab. Rahman bin Abu Bakar mengatakan terlihat mangsa yang kedua dan ketiga berada bersama Abu Lu'luah  sedang berbisik di suatu tempat malam sebelum pembunuhan berlaku. Menurut Ab. Rahman lagi beliau ternampak Hanjar ( pedang dua mata) terjatuh dari tangan mereka pada waktu tersebut. 

Permasalahan yang timbul adalah disebabkan individu yang ketiga yakni Harmuzan yang memeluk Islam malahan pula hukuman sebenarnya perlu dilaksanakan oleh pemerintah dan bukan kaum kerabat orang yang dibunuh ( Sayyidina Umar).

Isu:

Sayyidina Uthman melepaskan Ubaidillah dengan membayar diat.

Jawapan:

Menurut Ibnu Arabi dalam kitabnya Al-Wasim yang dipetik dari At-Tabari, Sayyidina Uthman memerintahkan Ubaidillah dikurung di rumah Saad bin Abi Waqqas r.a kerana beliau yang menangkap Ubaidillah. Maka Sayyidina Uthman meminta pandangan kepada kaum Ansar dan Muhajirin untuk melangsungkan hukuman. Maka. dijawab oleh Ali dengan dibunuh sahaja Ubaidillah. Walau bagaimanapun, Amru bin Al-As berpendapat bahawa perkara itu bukan dibawah tanggungan Sayyidina Uthman kerana berlaku sebelum baiat. Selain itu juga, tiada tuntutan dari anak si mati ( Harmuzan) yakni Qumazaban untuk menuntut bela atas kematian ayahandannya. Oleh kerana itu, dengan rasa tanggungjawab Sayyidina Uthman membayar diat diatas kematian Harmuzan. Ini kerana pada pendapatnya beliau merupakan wali kepada Ubaidillah dan ia menanggungnya dengan hartanya sendiri. Jadi deretan kisah yang sebenar ialah Sayyidina Uthman memang ingin menjatuhkan hukuman Qisas kepada Ubaidillah tetapi tiada tuntutan itu dari anak si mati, maka sebagai rasa syukur tiada pembunuhan yang berlaku, maka Sayyidina Uthman membayar diat kepada Qumazaban sebagai bayaran gantian kepada hukuman Qisas tersebut.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment